4.8 Surah al-Ma'un - سُوۡرَةُ المَاعون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَٲلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣) فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧)
Adakah engkau lihat orang yang mendustakan ad-din ? (1) Itulah
orang yang mengherdik / menindas anak yatim (2); Dan tidak menggalakkan
memberi makan kepada orang miskin (3); Kecelakaan bagi orang-orang yang
melakukan solat (4). Yang lalai dari solat mereka (5); Juga orang-orang
yang riya' (6). Dan orang-orang yang enggan memberi pertolongan (7)
Mulabasat Surah
Al-Qu'ran
diturunkan mengikut mulabasat, iaitu suasana dan keadaan ketika itu.
Terdapat dua gambaran penting berkenaan perilaku manusia dalam surah
ini.
Pertama
(ayat 1-3): perilaku manusia yang mendustakan ad-din dan melakukan
penganiayaan terhadap manusia. Ia merujuk kepada golongan Musyrikin.
Kedua
(ayat 4-7): khusus kepada orang munafik dan orang Muslim yang cuai
terhadap tanggungjawabnya kepada Allah, iaitu dalam hal menunaikan hak
kepada Allah untuk menyempurnakan solat dengan bersungguh-sungguh; juga
celaan kepada orang enggan memberi pertolongan.
Oleh
itu, ulama berbeza pendapat tentang samada surah ini adalah surah
Makkiyah ataupun surah Madaniyyah. Sebahagiannya mengatakan bahawa surah
ini adalah surah Makkiyah. Namun Ibn 'Abbas dan Qatadah
berpendapat ia adalah surah Madaniyyah.
Sementara Hibbatullah (seorang
ahli tafsir yang cacat penglihatan) berkata: “ Sebahagian surah al-Ma'un
diturunkan di Mekah mengenai al-'Asi bin Wail dan sebahagian lagi
diturunkan di Madinah mengenai `Abdullah bin Ubay, seorang munafik.
Nama Surah
Surah
ini dinamakan al-Ma'un kerana di penghujungnya (ayat Madaniyah), Allah
mencela orang-orang yang enggan memberi pertolongan. Firman Allah
(bermaksud) : “Dan (mereka) enggan memberi pertolongan”
(al-Ma'un 107:7).
Mereka sama seperti orang-orang yang lalai terhadap
solat dan orang-orang munafik. Perkataan al-Ma'un bermaksud benda-benda
yang boleh dipinjam oleh seorang jiran daripada jirannya seperti
alat-alat memasak seperti periuk, pinggan mangkuk, lesung batu dan
seumpamanya.
Barang-barang yang boleh dipinjam dan digunakan dengan
segera (small thing with tiny amount / small charity).
Surah
ini juga dinamakan surah ad-Din kerana pada permulaannya (berupa ayat
Makkiyah), Allah menyelar golongan yang mendustakan `ad-Din'.
Kandungan surah
Surah
yang kecil ini mengandungi tujuh ayat yang memberi tasawur tentang
hakikat iman yang bertunjang di hati. Ia bergerak di dalam amal soleh
sebagai bukti keimanannya. Iman dan amalan soleh tidak boleh dipisahkan.
Amalan tanpa iman juga tidak diterima. Iman juga meminta kita `peduli'
atau `ambil tahu' kepada manusia lain. Hidup dengan memberi kebajikan
dan menghapuskan penindasan.
Secara
mulabasatnya, permulaan surah (ayat 1-3) yang berayat Makkiyah ini
membincangkan tentang orang-orang kafir. Manakala di akhirnya (ayat 4-7)
yang berupa ayat Madaniyyah memperkatakan tentang orang-orang munafik.
Permulaan
surah mengandungi celaan terhadap orang-orang kafir yang mendustakan
ad-Din. Yakni agama Islam dan Hari Pembalasan. Mereka mempunyai dua
sifat utama:
- Mereka tidak suka, bersikap kasar dan mengusir anak-anak yatim
- Mereka tidak menggalakkan orang lain memberi makan kepada fakir miskin dan tidak suka berbudi kepada orang lain.
Sementara
di akhir surah (ayat 4-7) mengandungi celaan terhadap orang-orang
munafik yang menzahirkan keIslaman dan menyembunyikan kekufuran dan
mereka dilihat mempunyai tiga sifat utama:
- Lalai dan cuai dari mendirikan solat.
- Suka mempamerkan apa-apa yang dilakukannya kepada orang lain.
- Enggan memberi bantuan yang lumrah(yang biasa) kepada jiran.
Mereka
tidak melakukan sesuatu perkara kerana Allah, bahkan bertujuan untuk
menunjuk-nunjuk kepada orang lain tentang solat dan kebaikan yang
dilakukannya. Kedua-dua
kumpulan ini dijanjikan dengan kerugian, azab dan kemusnahan. Allah
menarik perhatian terhadap golongan ini dengan menggunakan kaedah atau
uslub istihjan, istighrab dan al-ta'jib yang memaparkan rasa sinis serta
keanehan perbuatan mereka.
Tafsir Ayat
أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ
Ayat
ini menerangkan bahawa masih terdapat orang-orang yang telah mengenal
dan mengetahui kebenaran ajaran Islam tetapi masih menolaknya. Ada yang
berpendapat ayat ini diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah, dan ada
yang mengatakan ia ditujukan kepada Abu Jahal. Ibn `Abbas berkata ia
diturunkan kepada al-'As bin al-Mughirah.
Al-Walid
bin Mughirah (ayah kepada Khalid bin al-Walid) adalah salah seorang
tokoh utama kaum Quraisy di Makkah. Dia adalah salah seorang hakim
masyarakat Arab sebelum Islam datang. Dia adalah salah seorang pemimpin
Quraisy di Darun Nadwah, dan merupakan seorang yang arif dalam sastera
Arab. Suatu hari al-Walid bertemu dengan Abu Bakar r.a. dan bertanya
kepadanya tentang Al-Qur'an. Setelah Abu Bakar r.a menjelaskan, dia
berkata,
"Sungguh
menakjubkan apa yang dikatakan oleh Muhammad. Demi Allah, apa yang
dikemukakannya itu bukan syair, bukan sihir, dan bukan pula kata orang
gila. Apa yang diucapkannya itu benar-benar merupakan firman Allah."
Kemudian setelah dipujuk dan diprovokasi oleh Kaum Quraishy, setelah beberapa waktu, akhirnya al-Walid berkata, "Tidaklah Al-Qur'an ini melainkan sihir yang yang diterimanya. Ini tidak lain, hanya perkataan manusia”. Allah mendedahkan kisah al-Walid dalam surah al-Muddathir sebanyak tujuh ayat (74:18-25)
Abu
Jahal juga mengakui kerasulan Nabi Muhammad saw. Dalam perbualannya
dengan Abu Dzar (sebelum memeluk Islam), Abu Jahal berkata “ Mustahil
rasanya jika ia bukan seorang Rasul. Otaknya pintar, bahkan cerdas.
Walaupun dia tidak boleh membaca ataupun menulis tetapi baik kepada
semua orang tua ataupun muda.
Budi pekerti dan akhlaknya sangat mulia.
Satu hal lagi yang perlu kau ketahui, ia sangat tabah menghadapi apapun
yang terjadi padanya. Ia mempunyai daya tarik yang hebat sekali.”
Walaubagaimanapun, kerana ego, keangkuhan, kuasa, pangkat dan
kedudukannya, Abu Jahal telah menolak untuk beriman.
Ad-din
disini bererti Hari Pembalasan. Firman Allah di atas walaupun dalam
bentuk istifham (tanda tanya), tetapi tujuan ayat-ayat seumpama ini
adalah untuk menunjukkan kehairanan dan keanehan terhadap sikap manusia.
Kita sebenarnya berhutang dengan Allah. Allah mencipta kita dan
mengekalkan kehidupan kita (udara, air.. dll). Maka sebagai balasannya,
kita hendaklah berubudiyah(memperhambakan diri) kepada Allah. Setiap
amalan kita dicatat dan akan diadili di Hari Pembalasan. Tidak percaya
kepada Hari Pembalasan ini adalah satu contoh bagi keadaan manusia yang
rugi.
Ad-Din
juga bermaksud agama. Satu sistem cara hidup dan pakej lengkap yang
syamil, kamil dan mutakamil. Ia hendaklah diterima keseluruhannya baik
dari segi keyakinannya dan juga amalan.
Allah berfirman dalam Surah
al-Baqarah (2:208) “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya...”
Penolakan sebahagiannya juga adalah mendustakan ad-Din. Contohnya;
mengatakan bahawa hadith bukan sumber Islam ataupun tiada politik dalam
Islam ataupun meyakini syari'at Islam tidak sesuai.
فَذَٲلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢
Ada
pendapat ia diturunkan kepada Abu Jahl. Beliau adalah penyelia seorang
anak yatim. Pada suatu hari dalam keadaan tidak berbaju anak yatim itu
datang meminta sedikit harta (kepunyaan sendiri) kepada Abu Jahl. Lantas
Abu Jahl menolak ke tepi anak yatim tersebut.
Manakala Ibn Juraij
berkata, ia diturunkan kepada Abu Sufian. Menurut riwayat, Abu Sufian
menyembelih unta setiap minggu. Maka datanglah anak yatim meminta
sebahagian daripadanya. Beliau lantas mengetuk anak yatim tersebut
dengan tongkatnya, lalu Allah pun menurunkan surah ini.
Orang-orang
yang mendustakan ad-Din(agama) dan Hari Pembalasan adalah golongan yang
benar-benar menghalang, mengherdik dan menzalimi anak-anak yatim
daripada mendapat hak-hak mereka. Malah mereka tidak melayani golongan
tersebut dengan baik. Pada masa dahulu orang-orang Arab Jahiliyyah tidak
suka mewariskan harta peninggalan kepada kaum wanita dan kanak-kanak.
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣)
Orang-orang
yang mendustakan ad-Din (agama dan Hari Pembalasan) dan menindas anak
yatim juga tidak menggalakkan diri, kaum keluarga dan juga orang lain
supaya memberi makan kepada fakir miskin yang memerlukan, lantaran
terlalu bakhil dengan harta kekayaan. Mereka adalah orang yang membuat
dosa berganda-ganda.
Perilaku orang yang tidak beriman ini dijelaskan lagi dalam Surah al-Fajr (ayat 17-18) : “Tidak, bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim, dan kamu tidak suka menggalakkan orang lain memberi makan kepada fakir miskin” iaitu fakir miskin yang tidak memiliki sesuatu atau tidak dapat menampung keperluan hidupnya. Istilah
طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ
Dalam
ayat 2 hingga 3: Apa yang dipelajari dari ayat-ayat ini bahawa
orang-orang beriman berlainan sikapnya dari orang-orang yang mendustakan
ad-Din. Hakikat keimanan yang mantap akan mendorong mereka menolong
anak-anak yatim dan orang miskin. Pertolongan itu hendaklah diusahakan
sebaik mungkin.
Bukan sahaja kepada individu, keluarga atau badan
kebajikan tertentu, tetapi hendaklah berusaha untuk mengubah sistem
ekonomi kapitalis yang ada kepada Islam agar masyarakat yang miskin atau
anak-anak yatim dapat bernaung dalam sistem yang lebih adil.
Pemerintahan Khalifah Umar `Abdul Aziz walaupun singkat tetapi telah
membuktikan keadilan ekonomi Islam dan rakyat miskin terbela.
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥)
“Kecelakaan bagi orang-orang yang melakukan solat (4)Yang lalai dari solat mereka (5)”
Ayat
4-7 adalah bagi orang Munafik dan orang-orang Islam yang mengerjakan
hak Allah dengan lalai dan sambil lewa. Bukan sahaja orang-orang
musyrikin akan diseksa, malah orang munafik dan Muslim yang leka / lalai
/ tidak prihatin dalam solat mereka adalah orang yang rugi dan celaka.
Diriwayatkan
oleh Ibn al-Munzir daripada Ibn `Abbas mengenai ayat tersebut, beliau
berkata: “Diturunkan kepada orang-orang Munafik. Mereka mempamerkan
ibadat solat mereka kepada orang-orang Islam bila bersama mereka; tetapi
meninggalkan ibadat tersebut apabila orang-orang Islam tidak ada
bersama. Mereka juga tidak suka memberikan pertolongan atau meminjamkan
sesuatu kepada orang lain”. Perkataan
سَاهُونَ
- "sahun" bermaksud kelalaian yang merujuk kepada mereka yang:- Hanya solat sekali-sekala. Mengambil ringan terhadap solat, sekejap solat dan sekejap tidak; contoh orang yang solat Jumaat tetapi tidak solat lima waktu; ataupun hanya solat pada hari raya sekali atau dua kali setahun.
- Melewat-lewatkan solat, yakni menangguh di akhir waktu; dan kadangkala terpaksa di qadha'.
- Tergesa-gesa solat. Cepat ruku' dan sujudnya seperti ayam mematuk.
- Melakukan solat dengan malas. Firman Allah dalam surah al-Nisa' 4: 142 “Apabila mereka berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka hanya bertujuan riya' (memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia)”
- Tidak menunaikan rukun dan syarat solat dengan sempurna
Kerugian dan kesiksaanlah bagi orang-orang yang `sahun'
dalam solatnya. Orang-orang sebegini lalai dan tidak prihatin terhadap
solat. Sekiranya mereka solat, mereka tidak mengharapkan ganjaran pahala
dari solat yang dilakukan; juga tidak takut kepada balasan dosa jika
mereka meninggalkan solat.
Di dalam ayat di atas Allah menggunakan istilah " `an " dan tidak `fi' yang membawa maksud `lalai daripada solat' dan bukannya `lalai di dalam solat. Lupa dalam solat adalah sesuatu
yang dimaafkan jika dilakukan secara tidak sengaja dan diluar
kesedaran.
Hadith Nabi saw mengungkapkan bahawa Baginda sendiri pernah
lupa dalam solat. Bahkan sujud sahwi itupun disyari'atkan untuk kes-kes seperti ini. Para sahabat Rasulullah saw juga pernah terlupa
ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦)
Orang-orang yang riya' (6).
Solat bukanlah harakat-harakat kosong tanpa penghayatan yang ikhlas. Orang-orang yang rugi ialah mereka yang solat tetapi tidak mendirikan solat. Mereka membaca segala bacaannya, tetapi hati mereka tidak menghayati bacaan-bacaan itu dan tidak hidup dengannya.
Jiwa mereka tidak menghadirkan hakikat solat dan hakikat isinya dari bacaan-bacaan, doa-doa dan tasbih. Mereka juga riya' dalam solat. Mereka ingin menunjukkan kepada orang lain dan bukannya kerana Allah.
Riya' bermakna melakukan ibadah untuk tujuan duniawi agar diri mereka dikagumi orang. Riya' ada berbagai-bagai jenis:
- Berhias diri dengan niat supaya disanjung atau dipuji orang.
- Memakai baju lusuh untuk menunjukkan zuhud dengan dunia.
- Dengan perkataan, yakni menuturkan perkataan-perkataan yang menyelar, memuja dunia, berlagak mempamerkan nasihat atau sedih kononnya tidak sempat melakukan kebaikan.
- Mempamerkan ibadah solat, sedekah atau menghias-hias solatnya agar dikagumi orang.
Orang
yang munafik berbeza dengan orang yang bersifat riya'. Manusia munafik
ialah manusia yang menampilkan keimanan tetapi menyembunyikan kekufuran,
manakala orang yang riya' pula ialah orang yang menyatakan sesuatu yang
tidak wujud dalam hatinya samada khusyu' mahupun lain-lain agar orang
menganggapnya sebagai orang yang kuat beragama dan wara'.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr berkata:
Rasulullah saw bersabda; “
sesiapa
yang mendedahkan amalannya kepada manusia lain, nescaya Allah akan
mendedah, menghina dan memperkecilkannya kepada makhluk yang lain”.
Amat
sukar menghindari riya' kecuali orang yang suka mendisiplinkan diri dan
mengasuhnya agar bersifat ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Sebab itu Rasululullah saw bersabda
:“ Riya' itu lebih sukar dikesan dari semut hitam yang kecil di malam yang gelap pekat di celah-celah cemara rambut yang hitam”.
وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧)
Dan orang-orang yang enggan memberi pertolongan (7)”
Mereka enggan membantu dan suka menghalang orang-orang yang hendak melakukan kebaikan kepada orang lain. Perkataan `al-Ma'un'
adalah kata nama bagi semua benda yang sering dipinjamkan di antara
sesama manusia. Ini termasuklah baldi, periuk, perkakas rumah dsb. An-Nasa'i
meriwayatkan daripada `Abdullah bin Mas'ud berkata: “ Setiap kebaikan
(yang dihulurkan) adalah sedekah dan kami menganggap al-Ma'un pada zaman Rasulullah saw adalah seperti memberi pinjam baldi dan periuk.
Syeikh al-Sya'rawi mengatakan `al-Ma'un'
ialah semua benda yang Allah berikan kepada kita; dan kita tidak boleh
menahan ia dari dimanfaatkan oleh orang lain. Pada lumrahnya ia diberi
kerana mudah dan sedikit.
Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa al-Ma'un
maksudnya enggan mengeluarkan zakat harta. Masih lagi dalam kategori
sedikit dan mudah iaitu 2.5% dari simpanan; bukannya dari pendapatan.
Dalam
keadaan sekarang, perkakas-perkakas dapur diperlukan dalam
kenduri-kendara atau dalam satu majlis ilmu/halaqah, maka janganlah kita
berkira sangat untuk meminjamkan peralatan di rumah kita untuk majlis
tersebut.
Golongan
munafik dan golongan tak beriman tidak bersikap baik sesama makhluk.
Enggan berbakti dan berbuat kebajikan kepada saudara-saudara mereka.
Mereka tidak suka meminjamkan barang-barangnya kepada orang lain;
sedangkan barang tersebut tidak akan habis dan tetap menjadi miliknya.
Malah mereka juga berat untuk menunaikan zakat dan tidak mahu melakukan
berbagai jenis pengorbanan yang lain.
Pengajaran surah
- Allah swt mencela orang-orang yang mendustakan ad-Din.
- Orang yang mendustakan ad-Din adalah mereka yang suka mengherdik, menghalau, menafikan hak, menindas dan menganiaya anak yatim. Bahkan suka meninggalkan amal kebajikan.
- Orang yang mendustakan ad-Din tidak suka menggalakkan orang lain bersedekah makan minum kepada golongan miskin; bersifat bakhil dan sering mengadakan alasan-alasan untuk menolong orang.
- Musibah dan celaka besar terhadap orang yang melakukan tiga perkara (a) melalaikan solat, (b) berbuat sesuatu dengan riya', (c) enggan menolong orang lain (walaupun perkara yang mudah dan ringan).
- Lalai dalam solat membawa maksud – meninggalkan solat, jarang solat, solat di akhir waktu, solat tergesa-gesa, solat dengan malas.
- Allah menyenaraikan empat sifat orang kafir / tidak beriman / hipokrit / munafik yakni mereka (a) bakhil dan kikir; (b) meninggalkan / lalai dalam solat (c) bersifat riya' (d) enggan memberi pertolongan dan zakat.
TAFSIR SURAH AL MAUN
Tafsir Al-Ma’un
TAFSIR SURAT AL-MA’UNSurah ke – 107 : 7 ayatA. PendahuluanSurah ini diturunkan di Makkah sesudah surah at-Takatsur.Nama surah ini diambil dari kata al-Ma’un yang diambil pada ayat terakhir. Menurut etimologi, al-Ma’un berarti banyak harta, berguna dan bermanfaat, kebaikan dan ketaatan , dan Zakat.[1]Surah ini menggambarkan orang yang tidak mau membayar zakat dan tidak mau pula berinfaq untuk membantu fakir miskin. Allah mengancam orang yang mempunyai banyak harta tetapi tidak mempunyai kepedulian social.Kata-kata Arab "al-Ma'un" yang merupakan ujung surat dan menjadi nama suratnya dijelaskan oleh Muhammad asad, berdasarkan berbagai tafsir klasik,sebagai "comprises the small items needed for one'sdaily use, as well as the occasional acts of kindnessconsisting in helping out one's fellow-men with such item. In its wider sense, it denotes "aid" or "assistance" in any difficulty" (... kata-kata"al-ma'un" mencakup hal-hal kecil yang diperlukan orangdalam penggunaan sehari-hari, juga perbuatan kebaikankala-kala berupa pemberian bantuan kepada sesama manusiadalam hal-hal kecil tersebut. Dalam maknanya yang lebihluas, kata-kata itu berarti "bantuan" atau "pertolongan"dalam setiap kesulitan )[2]
ارءيت الذي يكذب باالدين * فذالك الذي يدع اليتيم *ولا يحض على طعام المسكين * فويل للمصلين *الذين هم عن صلاتهم ساهون* الذين هم يراءون*ويمنعون الماعون *Artinya : ( 1 ) Tahukah kamu ( orang ) yang mendustakan agama?( 2) Itulah orang yang menghardik anak yatim, ( 3 ) dan tidak menganjurkan memberi makan fakir miskin. ( 4 ) maka celakalah bagi orang yang sholat ( 5 ) ( yaitu) orang-orang yang lalai dari sholatnya, ( 6 ) orang yang berbuat riya, ( 7) dan enggan ( menolong dengan ) barang yang berguna.B. Asbabul NuzulAdapun sebab turunya surah ini ialah berkenaan degan orang-orang munafik yang memamerkan shalat kepada orang yang berirman; mereka melakukan shalat dengan riya’, dan meninggalkan apabila tidak ada yang melihatnya serta menolak memberiakn bantuan kepada orang miskin dan anak yatim ( Riwayat ibnu Mudzir ).C. TasirSurah ini diawali dengan kalimat tanya untuk menarik perhatian pembacaanya. Kemudian Allah SWT sendiri yang menjawab pertanyaan tersebut satu per satu. Tujuanya ialah agar pembaca benar-benar memperhatiakn dan meresapi makna yang terkandung di dalamnya.Biasnya setiap ayat yang didahului dengan pertanyaan mengandung nilai yang sangat penting untuk segera dipahami dan diamalkan. Pertanyaan yang paling prinsipil ialah “ siapakah pendusta agama ? “ maka jawabanya segera disusul setelah pertanyaanya. Ayat selanjutnya menjawb secara lugas bahwa pendusta agama ialah orang yang tidak mau menyantuai anak yatim.Ciri berikutnya ialah orang yang tidak mau menyeru untuk dana dan makanan supaya diberiakn kepada orang miskin.Ustadz M Quraish Shihab dalam Tafsir Al-quran Al karim menyatakan paling tidak ada 2 hal yang patut disimak dalam ayat 3 surat ini. Pertama ayat tersebut tidak berbicara tentang kewajiban ”memberi makan” orang miskin, tapi berbicara ”menganjurkan memberi makan”. Itu berarti mereka yang tidak memiliki kelebihan apapun dituntut pula untuk berperan sebagai ”penganjur pemberi makanan terhadap orang miskin” atau dengan kata lain, kalau tidak mampu secara langsung, minimal kita menganjurkan orang-orang yang mampu untuk memperhatikan nasib mereka. Peran ini sebenarnya bisa dilakukan oleh siapapun, selama mereka bisa merasakan penderitaan orang lain. Ini berarti pula mengundang setiap orang untuk ikut merasakan penderitaan dan kebutuhan orang lain, walaupun dia sendiri tidak mampu mengulurkan bantuan materiil kepada mereka.Anak-anak yatim dan faqir miskin adalah bagian dari kelompok masyrakat yang sangat dicintai oleh Rusulullah SAW, bahkan dalam sebuah hadits dinyatakan ( Rusuluallah ) sangat dekat dengan mereka.Perhatian mereka sangat diutamakan, sebagaimana tersebut dalam sebuah ayat :ويسئلونك عن اليتمى قل اصلاح لهم خير وان تخالطهـــم فاخوانكمDan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim katakanlah ;Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, jika kamu menggauli mereka, maka mereka adalah saudaramu”( Al-Baqarah: 220 ).Perkataan "yahudldlu" yang diterjemahkan dengan "berjuang" di sini mempunyai asal arti "menganjurkan dengan kuat". A. Hassan dalam Al-Furqan, menerjemahkan perkataan itu dengan "menggemarkan," Departemen Agama menerjemahkan dengan "menganjurkan" sedangkan Mahmud Yunus dalam tafsir Qur'an Karim menggunakan perkataan "menyuruh". Dan Muhammad Asad, dalam The Message of the Qur'an, menerjemahkannya dalam bahasa Inggeris dengan "feels no urge" (tidak merasakan adanya dorongan), karena baginya perkataan "yahudldlu" mempunyai makna "mendorong diri sendiri" (sebelum mendorong orang lain). Jadi, perkataan "yahudldlu" menunjuk pada adanya komitmen batin yang tinggi, yakni usaha mengangkat dan menolong nasib kaum miskin. Berarti bahwa indikasi ketulusan dan kesejatian dalam beragama ialah adanya komitmen sosial yang tinggi dan mendalam kepada orang bersangkutan.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah tujuh perkara yang membinasakan. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah SAW apakah itu?” Rasulullah SAW bersabda: 1. Syirik, 2. Berbuat sihir, 3. Membunuh orang yang diharamkan oleh Allah untuk dibunuh kecuali dengan alasan yang benar (menurut ajaran agama), 4. Memakan riba, 5. Memakan harta anak yatim, 6. Berpaling di waktu peperangan (bukan untuk bersiasat akan tetapi lantaran takut kepada musuh), 7. menuduh zina kepada wanita mukmin yang sudah bersuami yang tidak terlintas di hatinya untuk menjalankan kejelekan
Sholat adalah ibadah yang paling utama yang diperintahkan dalam syareat islam.Dengan melaksanakanya secara baik dan benar akan menimbulkan pengaruh positip yang sangat besar dalam aspek kehidupan. Di akherat pun merupakan amaliah yang paling utama yang memperoleh penilaian dan menjadi tolak ukur semua amal perbuatan.Allah berfirman :اتل ما اوحى اليك من الكتاب واقم الصلاة ان الصلوة تنهى عن الفخشاء والمنكرBacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu alkitab ( al-qur’an ) dan dirikanlah sholat.sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan –perbuatan keji dan mungkar. ( al-ankabut : 45 )Selanjutya Allah menegaskan bahwa ada sebagian orang yang melakukan amal kebaikan, termasuk shalat, untuk memperlihatkan amalnya kepada manusia. Tindakan seperti ini disebut riya’.Sikap riya’ adalah lawan dari ikhlas. Keikhlasan diperlukan dalam setiap amal kebaikan agar memperoleh pahala yang sempurna dari Allah.Yang diterjemahkan dengan "lupa" atau "lalai" dalam firman itu ialah kata-kata yang dalam bahasa aslinya (Arab) "sahun". Yang dimaksud dalam firman ini bukanlah mereka itu dikutuk Allah karena lupa mengerjakan shalat yang disebabkan lupa, misalnya, terlalu sibuk bekerja. Sebab lupa dan alpa serupa itu justru dimaafkan oleh Allah, tidak dikutuk.[3]).Tapi yang dimaksud dalam firman itu ialah mereka yang menjalankan shalat itu lupa akan shalat mereka sendiri, dalam arti bahwa shalat merekatidak mempunyai pengarah apa-apa kepada pendidikan akhlaknya, sehingga mereka yang menjalankan shalat itudengan mereka yang tidak menjalankannya sama saja. Apalagi jika lebih buruk!
Suatu hari, Sayyidah Fathimah as bertanya kepada Rasulullah saw, “Yâ Abâtah, apa yang akan didapatkan oleh orang yang melecehkan shalatnya, menganggap enteng kepada shalatnya, baik laki-laki maupun perempuan?” Rasul bersabda, “Hai Fathimah, barang siapa yang melecehkan shalatnya menganggap enteng kepada shalatnya, baik laki-laki maupun perempuan, Tuhan akan menyiksanya dengan lima belas perkara. Enam perkara di dunia, tiga pada saat ia mati, tiga lagi pada waktu ia berada di kuburnya, dan tiga perkara pada Hari Kiamat, ketika ia keluar dari kuburnya.”Allah berfirman :Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang jelek) yang meremehkan sholat dan menuruti hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesaatan. Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal sholeh? (QS. Maryam: 59-60)Para ulama mengomentari ayat diatas dengan tafsirnya yang terdapat dalam Ibnu Katsir sebagai berikut :1. Muhammad bin Kaab Al Quraan Al Qurdly, dan Ibnu Zaid bim Aslam dan Sady yang disebut meremehkan sholat adalah Meninggalkan Sholat ( Tidak sholat )2. Al Auz, Ibnu Maasud, Ibnu jarir, Ibnu Juraih meremehkan sholat adalah meremehkan waktu3. Al Hasan Al-Bashri, meremehkan sholat adalah meninggalkan Masjid ( Tafsir Ibnu katsir 3 / 21 )Kata Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu : Pengertian meninggalkan sholat tidak berarti meninggalkan sholat itu sama sekali. Tetapi Said bin Musayyib mengatakan : Orang itu tidak sholat Ashar, Dzuhur kecuali hingga datangnya waktu maghrib, tidak sholat maghrib hingga datangnya waktu Isya dan tidak sholat Isya hingga datangnya Fajar ( shubuh ).Allah berfirman : Maka celakalah orang-orang yang sholat. Yaitu orang-orang yang lalai dari sholatnya? ( Al-Maun : 4-5 )Kata Saad bin Abi Waqosh: Aku telah bertanya kepada Rasulullah tentang mereka yang melalaikan sholatnya, maka beliau menjawab Yaitu Mengakhirkan waktu , yakni mengakhirkan waktu sholat.D. KesimpulanIlustarsi diatas, tentang pemahaman surat al-ma’un mengingatkan kita betapa penting nilai yang dikandungnya untuk diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari agar kita tidak terjebak kepada kelompok orang yang mendustakan agama.diantara nilai-nilai penting yang terkandung ialah :1. Allah SWt mengingatkan agar kita tidak terjebak kedalam kelompok orang-orang munafiq yang cenderung menyepelehkan agama.2. Allah SWT menjelaskan cirri-ciri oran yang mendustakan agama.3. Allah SWT mencela orang yang melakukan sholat yang tidak mau memahami dan menghayati esensi sholatnya, yaitu orang yang sholat karena riya’4. Allah SWT melaknat orang kaya yang bersikap kikir, tidak mau membantu orang miskin dan tidak mau mengeluarkan zakat.
[1] Drs. H. Hasan Basri SH, Tafsir Pase, Balai Kajian Tafsir Al-Qur’an Pase, hal. 130[2] Muhammad Asad. The Messege of the Qur’an. Hal .102[3] Ibn Taymiyyah, Minhaj al-Sunnah, 4 jilid, Riyadl, Maktabat al-Riyadl al-Haditsah, tt.,Jilid 3, hal.
No comments:
Post a Comment