Sunday, June 3, 2012
TAFSIR AL QURAN SURAH AL FATIHAH USTAZ AZHAR IDRUS
SEBUAH KUPASAN TENTANG AL FATIHAH OLEH USTAZ AZHAR IDRUS SIRI KE 3
AL FATIHAH BACAAN DAN TAFSIRNYA
USTAZ ZULKARNAIN MELAGUKAN AL FATIHAH DENGAN MERDU.BELIAU MENAFSIRKAN AL QURAN DENGAN JELAS. IA MENUNJUKKAN CONTOH BACAAAN AL QURAN CARA YANG BETUL.
Monday, May 28, 2012
RAHASIA AL FATIHAH
AL FATIHAH BUKAN SEKADAR BACAAN BIASA.IA ADALAH WAHYU ALLAH YANG MESTI DIFAHAMI
TAFSIR AL QURAN BAHAGIAN KEDUA OLEH USTAZ AZHAR IDRUS
TAFSIR AL FATIHAH DARIPADA USTAZ AZHAR IDRUS SIRI KE 3
<iframe width="640" height="480" src="http://www.youtube.com/embed/5JAbuNjbSY0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
TAFSIR SURAH AL FATIHAH
Tafsir surah Al Fatihah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Muqadimah surah ini sangat menarik
Sunday, April 22, 2012
AL QURAN MEMBINA GENERASI BERILMU
SEMINAR PENDIDIKAN TINGGI ISLAM VII SEMPENA SAMBUTAN 20 TAHUN KOLEJ DAR AL-HIKMAH : 'MEMBINA GENERASI ILMUWAN ULUL ALBAB' :
"......Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (dari segi hukum agama), mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna (Ulul Albab)"
(Surah al-Zumar, ayat 17-18)
Perkataan Ulul Albab disebut di dalam al-Quran sebanyak 16 kali. Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhannya bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat.
Negara telah mensasarkan pencapaian pembangunan menurut acuan dan bentuk tersendiri, serta seterusnya berhasrat melahirkan modal insan terbaik, juga menurut ciri-ciri yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan negara.
Sememangnya modal insan menjadi tumpuan penting dalam perancangan pembangunan kerana ia merupakan tenaga penggeraknya. Berasaskan peranan penting modal insan inilah maka Islam memberikan penekanan lebih utama terhadap pembangunan dalaman berbanding dengan pembangunan dari sudut fizikal.
Ini kerana insan yang terbina akal fikiran dan jiwanyalah yang akan membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syariat dan mengarahkannya kepada kebaikan. Dengan pengukuhan rohani, spiritual, kebijaksanaan dalam berfikir dan keunikan akhlak yang dimiliki, mereka akan memahami segala yang diperintah dan dilarang oleh Allah S.W.T. Semuanya kerana mereka meyakini jaminan yang diberikan oleh Allah S.W.T. yang akan membuka pintu pengurniaan yang melimpah keberkatannya (Surah al-A'raf, ayat 96).
Insan yang bertanggungjawab dan beramanah dalam melaksanakan tugas penting ini sering kali dikaitkan dengan takrif di dalam al-Quran sebagai mereka yang memiliki akal fikiran yang sempurna (Ulul Albab), iaitu golongan yang dikatakan dapat mengerti nilai sebuah kehidupan dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya.
Program pembangunan akal yang teliti dan berkesan bagi membangunkan masyarakat atau generasi Ulul Albab kini dilihat begitu perlu kerana cabaran yang harus ditempuh bagi menjayakan impian besar ini bukanlah semudah yang dijangkakan. Kegigihan dan kesungguhan amat diperlukan oleh semua pihak termasuk dari pihak kepimpinan negara, institusi pendidikan dan segenap lapisan masyarakat.
Manakala program pendidikan yang bersepadu yang dijadikan landasan bagi pembentukan masyarakat berilmu dan berakal sempurna ini haruslah mencakupi proses, kandungan dan penerimanya agar ketiga-tiga aspek ini diberikan tumpuan supaya matlamat akhirnya dapat dicapai.
Usaha yang bersepadu dalam membentuk golongan ini perlulah diwujudkan dengan segala kemudahan dan perancangan, serta memupuk budaya dan nilai murni. Ia juga tidak terhalang oleh usaha pihak lain yang menyemai budaya dan unsur-unsur negatif yang akhirnya menggagalkan cita-cita murni ini.
Bukan sahaja dengan perancangan yang teliti, tetapi juga persediaan untuk melakukan perubahan akal fikiran serta sikap yang akan membawa kita dan masyarakat seluruhnya menuju kejayaan.
"......Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (dari segi hukum agama), mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna (Ulul Albab)"(Surah al-Zumar, ayat 17-18)
Perkataan Ulul Albab disebut di dalam al-Quran sebanyak 16 kali. Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhannya bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat.
Negara telah mensasarkan pencapaian pembangunan menurut acuan dan bentuk tersendiri, serta seterusnya berhasrat melahirkan modal insan terbaik, juga menurut ciri-ciri yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan negara.
Sememangnya modal insan menjadi tumpuan penting dalam perancangan pembangunan kerana ia merupakan tenaga penggeraknya. Berasaskan peranan penting modal insan inilah maka Islam memberikan penekanan lebih utama terhadap pembangunan dalaman berbanding dengan pembangunan dari sudut fizikal.
Ini kerana insan yang terbina akal fikiran dan jiwanyalah yang akan membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syariat dan mengarahkannya kepada kebaikan. Dengan pengukuhan rohani, spiritual, kebijaksanaan dalam berfikir dan keunikan akhlak yang dimiliki, mereka akan memahami segala yang diperintah dan dilarang oleh Allah S.W.T. Semuanya kerana mereka meyakini jaminan yang diberikan oleh Allah S.W.T. yang akan membuka pintu pengurniaan yang melimpah keberkatannya (Surah al-A'raf, ayat 96).
Insan yang bertanggungjawab dan beramanah dalam melaksanakan tugas penting ini sering kali dikaitkan dengan takrif di dalam al-Quran sebagai mereka yang memiliki akal fikiran yang sempurna (Ulul Albab), iaitu golongan yang dikatakan dapat mengerti nilai sebuah kehidupan dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya.
Program pembangunan akal yang teliti dan berkesan bagi membangunkan masyarakat atau generasi Ulul Albab kini dilihat begitu perlu kerana cabaran yang harus ditempuh bagi menjayakan impian besar ini bukanlah semudah yang dijangkakan. Kegigihan dan kesungguhan amat diperlukan oleh semua pihak termasuk dari pihak kepimpinan negara, institusi pendidikan dan segenap lapisan masyarakat.
Manakala program pendidikan yang bersepadu yang dijadikan landasan bagi pembentukan masyarakat berilmu dan berakal sempurna ini haruslah mencakupi proses, kandungan dan penerimanya agar ketiga-tiga aspek ini diberikan tumpuan supaya matlamat akhirnya dapat dicapai.
Usaha yang bersepadu dalam membentuk golongan ini perlulah diwujudkan dengan segala kemudahan dan perancangan, serta memupuk budaya dan nilai murni. Ia juga tidak terhalang oleh usaha pihak lain yang menyemai budaya dan unsur-unsur negatif yang akhirnya menggagalkan cita-cita murni ini.
Bukan sahaja dengan perancangan yang teliti, tetapi juga persediaan untuk melakukan perubahan akal fikiran serta sikap yang akan membawa kita dan masyarakat seluruhnya menuju kejayaan.
Wednesday, April 18, 2012
Tafsir Al Fatihah
Tafsir Al Fatihah akan disiar tidak berapa lama lagi.Sebagai permulaan di siarkan permulaannya dahulu.
Sunday, September 4, 2011
UNIKNYA AL QURAN KALAMULLAH UNTUK SELUUH MANUSIA
Uniknya Al Quran.Sebuah blog yang cuba menghayati pengertian al Quran.Tumpuannya ialah kepada keunikan al Quran. Mari kita kongsi bersama limpahan dan nikmatnya Al Quran untuk dijadikan manual panduan hidup yang terjamin dan selamat dari dunia sampai ke akhirat. Rujuk kepada ayat al Quran.Tuhan mencabar manusia adakah mereka dapat membuat seperti al Quran bermua dengan 1 surah kemudian ayat.Jika kamu tidak dapat membuatnya akuilah ini daripada Allah sbh pencipta alam semesta.
IF YOU ARE IN DOUBT COCERNING THAT WHICH WE HAVE SENT OUR SERVANT THAN PRODUCE ONE SURAH LIKE THIS AND CALL YOUR WITNESSES BESIDE ALLAH TO ASSIST YOU, IF YOU ARE RIGHT IN YOUR CLAIM.BUT IF YOU ARE UNABLE TO DO SO AND YOU NEVER DO SO THEN FEAR THE HELL FIRE WHOSE FUEL IS MEN AND STONES WHICH IS PREPARED FOR THE UNBELIEVERS
AL BAQARAH 2 ; 23-24
[2:23] Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur'an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Qur'an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
[2:24] Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya) -, peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
Ayat 23 -24 ini merupakan tantangan bagi mereka yang meragukan tentang kebenaran Al Qur'an itu tidak dapat ditiru walaupun dengan mengerahkan semua ahli sastera dan bahasa karena ia merupakan mu'jizat Nabi Muhammad s.a.w

Subscribe to:
Posts (Atom)