Monday, April 22, 2013
DOA PENDIDNDING DIRI DAN KELUARGA
Doa pendinding diri, keluarga, hartabenda
DOA ABU DARDA’ :
“Ya Allah,
Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.
Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan ‘arasy yang Agung.
Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi.
Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmuNya.
Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”
ameen…
Molek doa ini diamalkan dibaca sekurang2nya sekali pagi, sekali petang /sebelum tidur dan juga sebelum memulai perjalanan ~ bersama ayat kursi & doa penggerak!
Insya Allah, semoga perjalanan kita diberkati/ dilindungi / dirahmatiNya… aameeen…
KISAH BERKAITAN DOA ABU DARDA’ INI :-
Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata:
Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!”
Abu Darda’ menjawab: “Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya.
Sekiranya doa ini dibaca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya di malam hari.”
Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini.”
Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu.
Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.
CARA MENCARI AYAT BERDASARKAN JUZUK
Mencari halaman juzuk alQuran kaedah matematik~
Posted on by p2sttjspm80
Alhamdulillah... saya baru tahu kaedah ini dan ianya menarik untuk dikongsikan (sekiranya korang pun belum tau lagi…tapi, kalu dah tau tuu…sonyap2 je jap, k!)
SubhanAllah.... indahnya ilmu yang dititipNya buat kita ~ dalam sedar & jaga; tersurat mahupun tersirat!! MasyaAllah…
Tahukan kita semua bahawa kehebatan Al-Quran merangkumi semua aspek, baik luaran mahupun dalaman. Al-Quran juga mempunyai kehebatan sifir matematik yang luar biasa yang jarang diketahui umum.
Bagaimanakah kita mencari juzuk Al-Quran dengan kaedah matematik? Ilmu Allah begitu hebat hingga tidak terfikir oleh kita semua. Setiap yang Allah jadikan bukan sia-sia, pasti ada hikmah tersendiri yang tersembunyi dan memerlukan ianya direnung, dikaji dah diamalkan oleh manusa selaku hamba dan Dialah pencipta.
JOM SEMAK!
1. Rumus Al-Banna
(Mencari Halaman Juz Al-Qur’an Standar)- Ambya Abu Fathin
H = [(n-1) x 20] + 2,
n {bilangan Juz yang sedang dicari (1-30)}
andaian untuk ke mukasurat Juz ke-26!
Cara:
Gantikan “n” dengan bilangan 26 yang merupakan bilangan juz yang sedang kita cari.
H = [(n-1) x 20] + 2
H = [(26-1) x 20] + 2
H = [(25) x 20] + 2
H = [500] + 2
H = 502
Jadi Juz ke-26 dimulai dari halaman 502.
Silakan sahabat buka halaman 502, dan sahabat akan membuktikan
‘keajaiban’ rumus ini. Sahabat pun bisa membuktikan untuk membuka atau
mencari halaman juz yang lain.NB : Rumus ini berlaku untuk mushaf standar medinah (timur tengah) dan atau mushaf yang standar halamannya sama seperti Qur’an Syamil.
Adapun untuk Al-Qur’an Indonesia yang standarD halamannya terdiri dari 18 baris, rumusnya sebagai berikut :
H = [(n-1) x 16] + 1,
n {bilangan Juz yang sedang dicari (1-30)}
jika hendak ke halaman Juz ke-26!Caranya :
Gantikan “n” dengan bilangan 11 yang merupakan bilangan juz yang sedang kita cari.
H = [(n-1) x 16] + 1
H = [(26-1) x 16] + 1
H = [(25) x 16] + 1
H = [400] + 1
H = 401
Jadi Juz ke-26 pada Al-Qur’an cetakan Indonesia standard 18 baris dimulai dari halaman 401. silakan buktikan juga untuk juz2 yang lainnya, InsyaAllah bermanfaat.
Wallahu a’lam bish-showab.
source: http://ngajiquranonline.com/
KAEDAH KEDUA:
Bagaimana kita hendak mencari halaman atau muka surat bagi sesuatu Juz dalam Al-Quran tanpa melihat indeks mukasurat pada bahagian belakang Al-Quran?
Sebagai contoh, kita ingin melihat Juz-3, maka nombor Juz iaitu 3, ditolak dengan angka 1, kemudian jawapan itu didarab dengan 2. Hasilnya kemudian akan dicantumkan dengan meletakkan nombor 2 dibelakang jumlah hasil darab tersebut.
Mari kita tengok keberkesanan ilmu matematik ini:
Juz 5, maka 5 – 1 = 4, maka 4 X 2 = 8, letak angka 2 dibelakang 8, maka Juz 5 terletak dimukasurat 82.
Juz 10, maka 10 – 1 = 9, maka 9 X 2 = 18, letak angka 2 dibelakang 18, maka Juz 10 terletak dimukasurat 182.
Kecuali Juz 7 dan 11 yang istimewa dimana nombor belakang adalah 1, yang mana cara kiraannya sama cuma nombor pada bahagian belakang adalah 1 dan bukan 2.
Cubalah sendiri, kita akan menemui keajaiban ini dan sungguh menakjubkan.
wallahu’alam…
source:http://surauat-tarbiyyah.blogspot.com/2011/08/keajaiban-al-quran-mencari-halaman-bagi.html
3. Apa kata mereka tentang alQuran!
Gustave Le Bon, Sejarawan besar:
“Sungguh, kitab Al-Quran ini sangat
mulia dan agung kerana dalam usia 14 abad yang dilaluinya tidak
mengalami perubahan meskipun hanya sedikit dalam gayanya yang sentiasa
indah. Ia selalu tampak segar seperti pada waktu diturunkan, seakan-akan
ia baru diturunkan kelmarin”
George Bernard Shaw, seorang pengarang kenamaan Inggeris:
“Agama Islam boleh digunakan untuk
mengobati penyakit-penyakit kemanusiaan. Orang-orang yang berfikir maju
sekarang sudah mulai menyedari akan hakikatnya. Berat persangkaanku
untuk mengatakan bahwa dua abad lagi, semua orang akan beragama Islam.”
Mr. Ridolf seorang jurnalis kebangsaan Inggris yang terkenal :
“ Di dalam al Qur’an banyak sekali segala sesuatu yang menyorongkan ke lingkaran hidup baru.
Al Qur’an itu menerangkan apa yang benar dengan seterang-terangnya. Al
Qur’an itulah yang mengikat dunia Islam dengan amat kuat. Dunia Islam sekarang ini sedang berpecahan dan berceraian, dan al Qur’anlah yang akan mengikatnya kembali dengan eratnya.”
source:
Monday, March 11, 2013
Tafsir Al Quran Surah Ayatul Kursi
Tafsir AYATUL KURSI SIRI 1 di sampaikan oleh Dr Haji Mustafa Omar
Sunday, March 10, 2013
TAFSIR AL QURAN AYATUL QURSI
AYATUL QURSI SIRI 2 AYAT YANG PALING AGONG DALAM AL QURAN :
OLEH DR MUSTAFA UMAR DARI SIAK KABUPATEN RIAU
OLEH DR MUSTAFA UMAR DARI SIAK KABUPATEN RIAU
Saturday, February 2, 2013
Tafsir surah humazah oleh profesor Dr Quraish Shibah
Tafsir ini siri beliau menafsirkan Quran Juzuk Amma surah ke 30
Subscribe to:
Posts (Atom)

